Monday

Buat Pilihan

Anda pengguna FB? Selalu menaip status? Pernahkah anda merasa malu status anda dilihat oleh semua orang padahal status itu untuk kumpulan tertentu sahaja? Jika pernah kenapa anda tidak menghadkannya? Adakah anda adalah golongan yang kurang arif tentang FB.? Disini ingin saya kongsi bagaimana anda buat pilihan, siapa yang boleh lihat status anda. Sebelum itu pastikan anda telah membahagikan rakan anda kepada beberapa kumpulan . Sekarang tulis status anda :


Lihat tanda/gambar mangga pagar@lock dibawah status anda. Klik pada lock tersebut dan pilih customise.


Kota seperti disebelah akan terpapar di skrin anda. Klik pada anak panah biru di kotak Friends Only pilih specific people.


Taip nama kumpulan yang anda pilih / nama orang yang anda pilih di kotak kosong. Jika nama tersebut keluar, klik pada nama tersebut dan klik kotak biru bertulis save setting.

Kini status anda hanya dapat dilihat oleh kumpulan tertentu sahaja. ^_^ Untuk video atau link yang anda kongsi @ share, anda boleh ulangi langkah tadi tetapi untuk Album ada beberapa langkah anda perlu ambil. Pergi ke Senarai Album Gambar anda klik pada Album pilihan anda......

Seterusnya


Klik edit album info seperti yang di tunjukan kotak merah di gambarajah diatas.


Di muka surat seperti diatas, klik pada friends only, pilih customise . Kotak custom privacy akan keluar di skrin komputer anda.


Disini seperti langkah di status tadi, klik anak panah biru dalam kota friends only. Pilih specific people.

Akhir sekali


Taip nama kumpulan yang anda pilih / nama orang yang anda pilih di kotak kosong. Jika nama tersebut keluar, klik pada nama tersebut dan klik kotak biru bertulis save setting.


Sekarang selesai.....hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihat gambar pada album itu. Semoga anda berjaya mengikuti langkah2 yang saya terangkan tadi. Sila comment untuk pertanyaan. Selamat maju Jaya! ^^

No comments:

Post a Comment