Monday

 Reka kumpulan rakan FB

Ini bukan satu kemestian tapi ini adalah pilihan. Dengan ini urusan anda akan menjadi lebih mudah. ^_^
Apa yang saya maksudkan disini..kumpulkan senarai nama rakan anda dalam satu kumpulan, misalnya kumpulan jiran tetangga, kumpulan sekolah rendah, kumpulan sekolah menengah, kumpulan bermain game 'online'...etc.
Bila anda bina kumpulan ini anda boleh khaskan status anda untuk dibaca oleh rakan sekolah menengah sahaja atau keluarga sahaja atau lain-lain. Begitu juga dengan album khas untuk golongan tertentu sahaja yang melihat.'Share video' untuk kumpulan tertentu dan 'share link' untuk kumpulan yang anda mahu. Caranya ialah.....

Pertama 

   
Klik pada perkataan 'friends' seperti tertera di gambarajah disebelah. Muka surat Friends akan keluar di skrin anda.


Kedua

Klik pada butang 'Edit friends' seperti yang tertera di gambarajah sebelah. Senarai rakan anda akan keluar di skrin anda.


Ketiga


     Di muka surat tersebut ada beberapa butang . Klik pada butang bertulis 'create list'

Seterusnya


Tulis Nama Kumpulan pada ruangan/kotak yang bertulis "Enter a name". Kemudian klik pada rakan yang anda mahu. Akhir sekali Klik kota bewarna biru yang bertulis "Create List"

Sekarang anda sudah groupkan senarai rakan anda. ^_^ Untuk menambah kumpulan yang lain, ulang langkah tadi. Untuk funsinya sila lihat  post yang seterusnya : Buat pilihan. 

No comments:

Post a Comment