Tuesday

Seronok Ulang Kaji Pelajaran.


Hei! Ulangkaji pelajaran seronoklah! Betul! ^_^ Kalau anda seorang pelajar cari lah cara yang paling seronok untuk ulangkaji pelajaran. Saya jumpa satu di blog mawar my directory. Best tau!
Kalau anda fasih bahasa inggeris lihat video di bawah:

Tour of Quizlet.com from Phil Freo on Vimeo.

Yang tak faham pun tentu boleh fahamkan ....sebab ada gambar. Hehehe. Apa kata cuba dibawah ni :



Quizlet.com, home of free online educational games



Ulang kaji di quizlet, ada beberapa aktiviti kita boleh lakukan. Yang pertama, kita bina Flashcard kita seperti diatas. Dia ada suara tapi belum ada suara untuk Bahasa Malaysia. Saya harap ramai yang akan minta suara Bahasa Malaysia. Supaya kita boleh mendengar suara bahasa kita disini . ^_^


Yang kedua pula kita boleh uji kebolehan kita dengan soalan-soalan yang mereka bina dengan menggunakan maklumat Flashcard yang kita bina tadi. Contoh seperti dibawah.


Quizlet.com, home of free online educational games




Yang ketiga, kita boleh uji minda kita dengan memadankan perkataan. seperti dibawah :

Quizlet.com, home of free online educational games



Yang keempat kita menguji kepantasan menaip dan mengeja. Alamak saya lemah dalam menaip mungkin ini boleh bantu saya.




Maaf  anda tidak boleh mencuba 'Space race' disini. Dia hanya benarkan tiga pekara diatas untuk di letakan di blog anda. Bagaimana seronok tak? Cikgu2 juga boleh gunakan ini. Apa kata kita bawa anak murid kita ke lab komputer dan guna Flashcards dan quiz yang kita bina. Tentu ini menambahkan semangat anak2 murid untuk belajar. ^_^   Lebih lebih lagi mereka boleh melihat score mereka ditangga berapa berbanding dengan rakan2 dengan serta merta. Ini meningkatkan daya saing antara mereka.


Harap maklumat ini memberi kebaikan untuk semua.  
Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya dengan meninggalkan komentar di bawah. Jika saya dapat menemukan Aplikasi yang lain saya akan terus mewar-warkannya di blog saya. Jika anda ada saranan jangan lupa beritahu saya. Selamat berjaya!


* Kalau ingin menjadi ahli Quizlet klik mana2 tulisan Quizlet bewarna biru di atas.*

Kawal Tahap Privasi Fb Anda

Tahukah anda, anda boleh mengawal dan pilih siapa yang melihat kandungan Fb anda? Kawalan terhadap tahap privasi Fb anda adalah penting. Anda tentu tidak ingini orang yang tidak dikenali melihat maklumat diri anda. Had kan maklumat anda dengan tidak memasukan orang yang tidak dikenali. Hadkan juga maklumat anda pada yang paling minimum dengan tidak meletakan no. telefon, alamat rumah dan tidak menulis lokasi anda dan percutian anda di status anda.   Dibawah adalah cara bagaimana anda boleh mengawal pada siapa Fb anda boleh dilihat:

Langkah pertama, klik pada perkatan account di fb anda. Pilih Privacy Setting.


Di laman seterusnya



Klik pada Customise settings. Seperti di gambar diatas.
Laman seterusnya seperti di bawah :


Tukar semua tersenarai dari Everyone kepada Friends only supaya hanya rakan anda sahaja yang boleh melihat maklumat seperti yang disenaraikan. Pada kotak Edit setting anda boleh memilih dengan tekan kotak Edit setting dan kotak lain akan keluar sperti di gambar dibawah.


Sekarang anda sudah berjaya belajar mengawal privasi Fb anda. Tahniah. ^_^

Lihat juga :

Bagaimana buang rakan di laman Fb

Bagaimana hentikan Fb anda tersenarai dari search engine.(google atau yahoo dan lain2)

Bagaimana buang aplikasi yang anda tidak mahu guna lagi.

Terima Kasaih kerana melawat. Semoga anda berjaya! ^^