Monday

Maklumat Anda Diambil Melalui FB!!!

Ramai diantara kita suka sangat bermain kuiz seperti siapa bakal/suami anda, kerjaya yang sesuai untuk anda, siapa yang melihat Fb anda, 10 rakan terbaik anda, dan banyak lagi. Jika anda rajin tilik nasib anda atau bermain pelbagai jenis game, makin banyak anda bermain, makin ramai yang mengetahui tentang diri anda.  Jika tidak ingin ini berlaku, sila buangkan applikasi yang tidak anda gunakan. Kenapa? Mungkin anda tidak aktif tapi mereka sangat aktif.

Caranya....
Klik Account di Fb anda pilih Privacy Setting seprti di gambarajah :


Laman seterusnya, lihat gambar dibawah :


Klik Edit your setting dibawah Apps and websites ke laman seterusnya:
Seperti di gambarajah ....lihat Apps you use klik pada kotak Edit setting disebelah kanannya.


Di laman senarai aplikasi, klik x pada applikasi yang anda tidak mahu menggunakannya lagi :



Kemudian remove seperti dibawah:


Sekarang anda sudah pandai membuang aplikasi yang tidak digunakan. Nanti dulu...apa kata kita lihat aplikasi yang masih anda gunakan. Maklumat apa yang dilihat melalui Fb anda. Klik Edit setting pada salah satu aplikasi anda.



Seperti di gambarajah kita boleh lihat aplikasi yang kita guna melihat basic info kita, Profail kita, maklumat talian perhubungan kita (alamat dan no. tel.), status hubungan dan keluarga kita, gambar dan video  kita dan maklumat tentang rakan kita. Data kita boleh dilihat 24 jam...anda boleh buangkan Access data any time dengan klik remove.

Dua pekara lagi yang anda boleh kawal maklumat anda dari dilihat ialah :

Hadkan maklumat  yang boleh dilihat semsa rakan anda menggunakan sesuatu aplikasi dan game. Caranya kembali pada Privacy setting .


Klik Edit your settings dibawah Apps and website tadi. Di laman seterusnya lihat pada gambarajah dibawah:

Lihat pada Information accessible trough your friends, klik pada kotak Edit settings.
Kotak seperti dibawah akan keluar di skrin anda.

 Pilih maklumat yang anda benarkan, untuk dilihat oleh  aplikasi atau game yang  rakan anda gunakan.
Save changes.

Pekara terakhir lihat gambarajah dibawah :


Lihat Game and app activity. Siapa boleh lihat aktiviti game dan aplikasi anda? terpulang pada anda. Saya pilih rakan fb saya sahaja ( Friends only ). Sekarang anda boleh kembali pada Home.

^_^ Semoga berjaya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk lain berkaitan dengan FB


    







  



             





                   







Sunday

Anda diperhatikan!!
(Seven things you should never do on Facebook)



Selama anda menggunakan Facebook, pernahkah anda melihat tatapan privasi anda? Jika anda menaip nama facebook anda di 'google search', 'yahoo search' atau 'search engine' yang lain adakah Fb anda tertera? dan Apakah yang dipamerkan? Cuba anda lakukan sekarang. 

Jika yang dipamerkan adalah maklumat peribadi anda. Maka terbukti anda telah leka mempamerkan maklumat peribadi anda pada orang yang tidak dikenali. Bagaimana kalau orang itu adalah penjenayah? Jika anda tidak ingin ini berlaku. Sila ikut langkah-langkah dibawah:

(* Bagi anda yang tidak mempamerkan maklumat peribadi tetapi tidak ingin 'search engine' mencari anda, juga boleh ikuti langkah2 dibawah)

Langkah pertama :

Klik pada tulisan account di FB anda dan pilih Privacy Setting. Lihat gambarajah dibawah.




Anda akan ke muka web seperti gambar dibawah .


Klik pada yang bertulisan biru ( Edit your setting ) seperti yang ditunjukan gambar diatas.
Kemudian anda akan ke laman seperti dibawah.

Lihat pada Public search dan di hujungnya ada kotak bertulis  Edit setting. Klik pada kotak tersebut.
Laman seterusnya.

Pastikan kotak kecil ditepi  Enable public search tidak bertanda apa-apa. Jika ia bertanda, klik sekali sahaja padanya supaya ia menjadi kosong.
Kembali semula ke Home Fb anda. Buka tap baru, buka 'search engine' sperti 'Google' atau 'Yahoo'. Sekarang  cuba search nama anda di 'search engine' tadi saya pasti  Fb anda sudah tidak kelihatan. Jika ada pertanya sila tulis pada sila tulis pada comment  di bawah.

Untuk mengetahui tips tips yang lain, klik pada tajuk-tajuk yang lain atau sila kembali ke blog ini pada hari yang lain. Terima kasih kerana melawat blog saya ^_^

Thursday

Buang Rakan Dalam Laman Facebook.

Ramai pengguna Facebook mungkin  sudah tahu bagaimana caranya buang rakan yang tidak kita kehendaki. Tapi ada juga yang masih tidak tahu. Kerana ada yang bertanya pada saya caranya. Bagi yang tidak tahu, disini saya sediakan bagaimana caranya utnuk membuang rakan di Facebook.

Langkah pertama  anda lihat di kiri ruangan facebook anda ada tertulis 'Friends' Klik pada tulisan tersebut.


Skrin akan keluar seperti dibawah. Langkah kedua klik pada Edit friends


Senarai rakan akan keluar. Klick pada anak panah yang menunjuk kebawah (seperti di gambarajah). Pilih 'All Friends'.

Kemudian pilih rakan yang ingin dibuang di senarai rakan. Klik pada tanda X di tepi nama rakan.



Akhir sekali klik pada 'remove from friends' bila anda rasa sangat pasti tentang pilihan anda.



Harap anda berjaya mengikuti langkah-langkah yang saya tunjukan. Jika ada soalan sila  tinggalkan pesanan disini. ^_^  Pesan saya pada adik - adik diluar sana  berwaspada dalam meletakan kawan di senarai FB adik. Letaklah kawan yang betul-betul kenal sahaja. Keluarga dan sanak saudara adalah pilihan terbaik. Kerana jika tersalah pilih nanti akan timbul masalah, paling sadis jika terlibat dalam jenayah siber.
Berhati-hatilah. ^_^